Progress Kerja Baik Pulih Anjung Budi

Dipapar pada

Kongsi :

Alhamdulillah Anjung Budi atau Rumah alumni telah 90% siap untuk proses baik pulih Fasa 1. Dalam jangkamasa lebih kurang 6 bulan proses ini berjalan dengan baik dan mengikut jadual berasaskan kemampuan kewangan yang seadanya.

Kini kawasan ini lebih bersih dan selamat untuk di kunjungi oleh semua warga universiti & alumni. Insyaallah sedikit masa lagi kami akan membuka lot-lot kedai agar kemeriahan dan kegemilangan tempat ini kembali seperti dahulu. Kepada pengusaha yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat urusan Persatuan Alumni USM di Anjung Budi atau hubungi talian 016-560 1969.

Pihak kami amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang sudi untuk memberikan bantuan kewangan melalui derma atau menaja berberapa peralatan seperti kipas, penghawa dingin dan peralatan perabut.

Insyaallah dengan berkat bantuan & kerjasama semua ahli Persatuan Alumni dan pihak Universiti kita akan berjaya memperbaiki tempat ini sepenuhnya nanti.