KUNJUNGAN HORMAT PAUSM KE YAPEIM PULAU PINANG

Dipapar pada

Kongsi :

Alhamdulillah, pada Khamis, 27 Ogos 2026, Presiden PAUSM, Ir. Ts. Kamarul Badlishah Kamarulzaman bersama Setiausaha PAUSM, En. Sulaiman Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haslizol bin Abu Hassan, Pengurus YAPEIM Negeri Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi.

Pertemuan ini turut membincangkan peluang kerjasama antara PAUSM dan YAPEIM Pulau Pinang, khususnya dalam usaha melaksanakan Program Kotak Makanan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Insya-Allah, semoga jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

#PAUSM #AlumniUSM #YAPEIM #PulauPinang #KunjunganHormat #JalinanKerjasama #KotakMakanan #AlumniPrihatin